Tuesday, June 21, 2016

Tokong Tua Pek Kong. Terletak jelas berhampiran Waterfront, Pek Kong Temple Tua di Kuching memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Cina di sini.
Nama betul kuil adalah Siew San Teng Tua Pek Kong, dan dikatakan bahawa ini adalah kuil Cina yang tertua di Kuching. Pelbagai sumber memberi tarikh yang berlainan apabila kuil itu sebenarnya dibina, dengan penyenaraian risalah kuil sendiri sebagai tahun 1770. Walau bagaimanapun, semua bersetuju bahawa kuil itu dibina sebelum abad ke-19.
Tua Pek Kong adalah dewa utama kuil. Bodhisattva seperti Guan Yin dan Kshitigarbha juga disembah di kuil ini. Empat perayaan utama yang diadakan di kuil ini setiap tahun, iaitu hari lahir Tua Pek Kong, hari lahir harimau Tua Pek Kong (yang dia menunggang), Ghost Festival Lapar, dan hari Ascencion dengan Tua Pek Kong.
Apabila kuil itu mula-mula dibina, ia berada di lokasi yang mempunyai fengshui yang sangat baik, dengan sebuah bukit di belakang, dan sungai di hadapan. Sungai ini telah pun diisi



Muzium Sejarah Cina terletak di Waterfront berhadapan Kuil Tua Pek Kong. Disini terdapat jejak sejarah masyarakat Cina di Sarawak. Antara catatan sejarah yang dipamerkan adalah seperti laluan-laluan perniagaan awal, penghijrahan awal dari pelbagai rantau China, taburan geografi, peneroka-peneroka awal, aktiviti-aktiviti perdagangan tradisional, pembentukan industry perdagangan dan persatuan-persatuan komuniti, sejarah politik dan penglibatan masayarakat Cina di dalam era moden berbilang kaum negeri Sarawak.



Ba'kelalan ialah sebuah daerah pendalaman tanah tinggi bergunung ganang terletak di bahagian timur laut negeri Sarawak. Ba'kelalan berada 1000 meter tinggi dari aras laut memberikan daerah ini mempunyai suhu rendah di bawah 21 darjah celcius. 4 km dari Ba'kelalan terletaknya sempadan antara Kalimantan Barat, Indonesia dan bersebelahan dengan Taman Negara Kayan Mentarang di wilayah Kalimantan. Penduduk di sini terdiri daripada suku kaum Lun Bawang. Terdapat sembilan buah perkampungan di sini iaitu perkampungan Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat. Mengikut istilah tempatan, 'Ba' bermaksud sawah padi manakala 'Kelalan' pula bererti sebatang sungai. Terdapat beberapa lokasi menarik berdekatan Ba'kelalan seperti Bario, Taman Negara Pulong Tau, Gunung Murud dan Bukit Batu Lawi.
Iklim pegunungan yang sejuk membolehkan tanaman seperti seperti epal, strawberi, anggur, limau, dan tomato hidup subur di Ba'kalalan. Daerah ini juga terkenal dengan penghasilan padi adan.
Ba'kelalan ialah satu-satunya daerah di Malaysia yang terkenal dan berjaya menghasilkan buah epal. Biji benih epal ini dibawa dari Batu Malang, Jawa Timur, Indonesia oleh seorang suku kaum Lun Bawang bernama Andrew Balang Paran sekitar tahun 1974. Kini daerah ini telah digelar sebagai 'lembah epal' oleh penduduk di sekitarnya. Menurut seorang pengusaha epal di sini, Tagal Paran, beliau berjaya menuai sebanyak 1.5 tan buah epal setiap musim dari 3,000 pokok epal yang beliau tanam. Setiap pokok boleh menghasilkan tuaian sekurang-kurangnya 300 biji epal. Walaupun begitu, pasaran ini hanya terhad di sekitar Miri, Lawas, Kota Kinabalu dan Brunei sahaja.
Terdapat empat kultivar epal yang terkenal diusahakan di sini iaitu Manalagi, Tropikal, Anna dan Rome Beauty. Epal Manalagi dikenali sebagai epal Ba'kelalan; mempunyai rasa manis dan rangup apabila ranum; kulit berwarna hijau kekuningan. Epal Anna pula masak dengan berwarna merah di bahagian atas dan kuning di bahagian bawah dengan rasanya masam manis berisi lebih lembut berbanding Manalagi. Epal Rome Beauty berwarna hijau dengan tompokan merah pada bahagian bawah dan lebih rangup dan enak berbanding epal Anna. Epal Tropikal masak hijau dan mempunyai rasa lebih masam berbanding semua kultivar dan lebih sesuai untuk masakan.



Wednesday, June 15, 2016

Kuching adalah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei dalam menamatkan pemberontakan. Bandar ini terus mendapat perhatian dan pembangunan selama pemerintahan Charles Brooke seperti pembangunan sistem sanitasi, hospital, penjara, Fort Margherita, dan bazar. Pada tahun 1941, pemerintahan Brooke merayakan Perayaan Centenary di Kuching. Selama Perang Dunia II, Kuchingdiduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Jepun mendirikan kem Batu Lintang berdekatan Kuching untuk menahan dan menyeksa tawanan perang. Setelah perang tamat, bandar ini tetap masih bertahan teguh. Namun, Rajah terakhir Sarawak, Sir Charles Vyner Brooke memutuskan untuk menyerahkan Sarawak sebagai bahagian dari Mahkota British pada tahun 1946. Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Kuching juga tetap dikekalkan menjadi ibu negeri dan mendapat status bandar pada tahun 1988. Sejak itu, bandar Kuching dibahagi menjadi dua wilayah pemerintahan yang dikawal selia oleh dua pemerintah bandar yang berbeza. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Kuching adalah tarikan utama bagi pelancong dan merupakan pintu gerbang utama bagi pelancong mengunjungi Sarawak dan Kalimantan. Taman Negara Tanah Lembap Kuching terletak sekitar 30 kilometer dari bandar dan terdapat banyak tarikan lainnya di dalam dan sekitar Kuching seperti Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF), Dewan Undangan Negeri Sarawak, Astana, Fort Margherita, Muzium Kucing, dan Muzium Sarawak. Bandar ini telah menjadi salah satu pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur.





Tuesday, June 14, 2016

Sejarah Pasar Ceko bermula sejak tahun 1935 lagi. Ia cukup terkenal sebagai sebuah pusat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil menjual hasil pertanian dan ternakan.Di sinilah syurga untuk para pelanggan tawar - menawar dengan harga yang jauh lebih murah berbading dengan tempat lain.


Pasar Ceko telah dikosongkan sepenuhkan pada 15 Jun 2008 untuk memberi laluan kepada pembinaan tempat parkir dan proses pembesaran Tebingan Kuching.
Lokasi baru Pasar Ceko telah dipindahkan ke Jalan Stutong, Tabuan. 

Walaubagaimanapun, lokasi baru ini tidaklah semeriah Pasar Ceko asal pada suatu ketika dahulu.

Monday, June 13, 2016

Taman Negara Similajau, hanya 45 minit dari Bintulu, menyediakan percutian hujung minggu yang hebat untuk mereka yang tinggal di kawasan tengah Sarawak. Ia mempunyai salah satu kawasan pantai yang paling cantik di Malaysia dengan pasir pantai putih bersih yang tidak tercemar dan pantai berbatu yang menghadap Laut China Selatan.
Diwartakan pada tahun 1978, ia meliputi kawasan seluas 7,064 hektar hutan dara tepi pantai, bermula dari Sungai Likau di selatan hingga ke Sungai Similajau di utara. Merentangi sepanjang 30km, ia penuh dengan flora dan fauna dan menjanjikan pengalaman menarik menjelajah berbatu-batu pantai kosong.
Fauna daratan di taman ini mempunyai 24 spesis mamalia yang direkodkan, seperti ungka, langur berbelang dan kera ekor panjang. Satu reptilia penting yang dijumpai di sini adalah Buaya Air Tawar.
Taman Negara ini juga telah merekodkan 230 spesis burung, termasuk burung kenyalang dan burung-burung air yang berhijrah seperti Storms Stork. Jika anda bernasib baik, anda mungkin boleh melihat ikan lumba-lumba berenang di kalangan ombak. Kadangkala, penyu naik ke darat untuk bertelur.
Laluan Darat
Perkhidmatan bas awam yang dikendalikan oleh Syarikat Bintulu Sdn Bhd. (SBBS) berulang-alik antara pekan Bintulu dan persimpangan jalan yang menuju ke Taman Negara (RH Jarau). Persimpangan ini dipanggil Sungai Plant Lot. Anda memerlukan pengangkutan tambahan untuk 9km terakhir ke Pejabat Taman. Anda boleh cuba untuk menumpang kenderaan yang lalu di sana. Atau, anda boleh menaiki bot sewa yang boleh membawa anda ke sana dari bandar Bintulu. Namun, adalah lebih baik jika anda menyewa teksi untuk hari itu atau kereta sewa.



Friday, June 10, 2016

Taman Negara Bukit Lambir yang terkenal ini terletak di sepanjang jalan Miri-Bintulu, 36 km barat daya bandar Miri di Sarawak, Timur Malaysia. Ia diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1975, dan meliputi kawasan seluas 6,952 hektar.
Terdapat kita-kira 1,173 spesis pokok, dengan 286 genus dan 81 keluarga pokok menjadikan Lambir sebagai salah satu hutan dengan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia. Haiwan liar juga boleh dijumpai di kawasan pedalaman taman, terutamanya monyet, beruang, tenggiling dan kelawar.
Waktu terbaik untuk melawat taman ini adalah di waktu pagi, supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berjalan di sepanjang denai di taman. Tarikan utama taman ini adalah air terjun yang cantik, dan Air Terjun Latak yang terletak hanya 0.18 km adalah yang paling dekat. Ia mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari pejabat Taman. Anda akan mengambil masa yang lebih lama, jika anda berhenti untuk melihat flora dan fauna di sepanjang jalan.
Sebelum memasuki taman, anda perlu mendaftar di pejabat Taman di mana pemandu arah akan memberi penerangan mengenai beberapa peraturan keselamatan sebelum memasuki taman. Jika anda mahu ke air terjun yang terletak lebih jauh, adalah lebih baik jika anda bertolak di awal pagi kerana perjalanan akan mengambil masa beberapa jam. Pemandu arah juga akan mengiringi pelawat ke pintu keluar pada pukul 5 petang kerana pintu pagar taman akan ditutup pada masa ini.
Antara air terjun lain di dalam taman adalah yang terletak di denai Pantu seperti air terjun Pantu dan Nibong. Perjalanan ke sana memakan masa selama dua jam. Selain itu, terdapat juga air terjun Pancur, Tengkorong dan Dinding di sepanjang denai Bakam. Denai utama yang lain adalah Main dan Lepoh-Ridan. Terdapat banyak lagi denai di dalam taman, dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat Taman.
Terdapat sebuah Menara Pokok setinggi 22 meter di Denai Pantu, kira-kira satu kilometer dari pejabat Taman. Pelawat boleh memanjat naik dan melihat pemandangan hutan Dipterocarp yang mengagumkan. Ia juga tempat yang bagus untuk mengkaji burung.
Mari melawat Taman Negara Bukit Lambir dan nikmati salah satu keajaiban alam semula jadi yang terbaik.



Tuesday, June 7, 2016

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru terletak di Petra Jaya, Sarawak. Bangunan ini terletak di tebing Sungai Sarawak. Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.
Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.
Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Margherita di sebelah kanannya.
Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar menyatakan majlis perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Julai 2009 . Perasmian ini merupakan satu sejarah kerana ia merupakan bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri kesemua 11 Sultan dan Ketua Negeri atau wakil masing-masing. Acara pertunjukan bunga api dan regatta serta perarakan bot berhias diadakan di Sungai Sarawak.
Mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja ke-218 pada 28 Julai 2009 diadakan di tingkat lapan, di mana 71 wakil rakyat dijadualkan bersidang November 2009.
Acara perarakan kapal berhias diadakan di Tebingan Sungai Sarawak.Sebanyak 21 kapal berhias dari pelbagai jabatan, agensi dan badan berkanun kerajaan negeri Sarawak mengambil bahagian . Diikuti pertunjukan bunga api selama 15 minit.
Turut hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin , Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultan Selangor dan Sultan Sharafuddin Idris Shah. Lebih 10,000 penduduk tempatan dan pelancong dalam dan luar negara turut menyaksikan acara itu.


Monday, June 6, 2016

Malaysia-China Park Persahabatan adalah salah satu yang paling popular sepanjang hari hang-out dalam modal Sarawak.
Lebih dikenali sebagai "Ma-Chong Gong Yuan" (harfiah Malaysia-China Garden), taman ini terletak di salah satu daripada presint kediaman dan komersil yang berkembang maju di Kuching, dan hanya batu buang dari pejabat Metro Sarawak.
Dibina pada tahun 2005, taman ini merupakan kerjasama antara kerajaan China dan Malaysia, yang menyediakan dana, dan kerajaan negeri untuk memperuntukkan seluas 2.8 hektar yang saya berbentuk tanah. Ia dibina untuk memperingati ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Ciri-ciri utama di taman termasuk pavilion Cina (yang menempatkan restoran dim-sum), waduk, trek jogging, gerbang dihias rumit dan patung gergasi Zheng He (Laksamana Cheng Ho), diplomat dan laksamana armada purba China .
Berselerak di seluruh taman itu adalah peringatan daripada pautan Malaysia-China seperti bangku dibuat dalam bentuk orang utan dan panda.
Semasa majlis-majlis perayaan, orang-orang yang terutama Cina, Taman Persahabatan selalu menyaksikan pelbagai aktiviti. Taman ini menjadi paling berwarna-warni semasa Festival Mid-Autumn.
Ibu bapa, anak-anak dan rakan-rakan semua berkumpul di taman dengan lampu dan menyaksikan singa dan naga persembahan tarian, yang ditaja oleh badan-badan masyarakat setempat.
Friendship Park juga merupakan tempat latihan popular, dengan trek joging dan kawasan lapang untuk tai chi dan senamrobik.



Gua Pari-pari ( Fairy Cave). Gua Pari-pari adalah merupakan sebuah gua kapur dan terletak di kawasan Krokong Bau. Sebelum masuk ke dalam gua, pengunjung perlu menaiki beberapa anak tangga kerana pintu masuk untuk ke gua amat tinggi. Gua ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti 'rock climbing' dan merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'.
Leganda Gua Pari - pari (Mitos)
Mengikut cerita penduduk kampung Krokong, Bau, gua ini memang mempunyai ceritanya yang tersendiri yang di warisi turun temurun. Namun tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa cerita ini adalah benar mahupun tidak. Namun cerita ini merupakan lagenda atau mitos kepada gua ini. Katanya berdekatan gua ini terdapat penempatan manusia zaman dahulu. Namun penduduk di kawasan ini amat kejam dan menyiksa kanak kanak kecil terutamanya anak yatim piatu yang tiada penjaganya.
Maka, kononya terdapat pari -pari yang menghuni gua ini tidak tahan dengan kezaliman manusia di kawsan tersebut, lalui di sumpahnya manusia yang mendiami gua dan kawasannya menjadi batu. Sebab itulah banyak antara batu -batu yang terdapat di kawasan gua ini menyerupai manusia. Kononya mereka ini adalah manusia yang kejam2 pada zaman dahulu yang telah menjadi batu.
Sebab itu ramai di kalangan pengunjung gua ini terutamanya orang -orang cina selalu bersembahyang di gua ini. Ini dapat di buktikan dengan penemuan colok - colok dan juga patung kecil Buddha yang terdapat di tepi - tepi batu dan juga atas batu utuk melakukan pemujaan.
Fakta sejarah: Gua ini wujud sejak 100,000-150,000 tahun dahulu.


Kompleks Mahkamah Lama (The Old Coarthouse).
Bangunan ini dibina pada tahun 1883 oleh Sir Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua. Ia dibina daripada kayu belian dan dihiasi dengan motif Sarawak. Pada masa yang pembinaannya, ia bertujuan sebagai pejabat-pejabat kerajaan dan satu tempat untuk upacara negeri. Kemudiannya ia dijadikan sebagai bangunan mahkamah. Beberapa peristiwa bersejarah pernah berlaku di bangunan ini. Pada 1 Julai 1946, apabila Sir James Brooke, Rajah Putih yang ketiga, menyerahkan Sarawak kepada Britain sebagai tanah jajahan mahkota. Ketua Menteri pertama Sarawak, Sir Stephen Kalong Ningkan juga mengangkat sumpah di sini, pada 22 Julai, 1963. Pada masa kini bangunan ini menempatkan pejabat pelancongan negeri.
Di bahagian hadapan bangunan mahkamah lama ini terdapat sebuah monumen Rajah kedua Sarawak, Charles Brooke. Monumen setinggi 6 meter tinggi ini dibina pada tahun 1924. Terdapat panel 4 angka pada monumen ini yang mewakili masyarakat Sarawak – Cina, Dayak, Kayan dan Melayu.
Selain daripada bangunan dan monumen yang ada di atas terdapat beberapa lagi tapak bersejarah di sekitar bandar Kuching, antaranya Sarawak Steamship Building, Bangunan Pejabat Pos, Round Tower, The Pavillion, dan Fort Margherita. Tapi disebabkan waktu untuk melawat di kawasan Bandaraya Kuching agak terhad, tidak semua tempat tersebut sempat dilawati. Mungkin suatu hari nanti apabila ada kesempatan datang semula ke Sarawak, tempat tersebut akan dimasukkan dalam senarai lawatan.


Kubah Ria Kompleks atau Pasar Tamu Satok. Dulunya, Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh pendudukSarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain.
Kubah Ria Kompleks pula merupakan tempat makan yang menjual pelbagai jenis makanan yang popular di Sarawak seperti Mi Kolok, Nasik Ayam Penyet dan sebagainya. Pada waktu malam, para pengunjung boleh menikmati makan malam sambil mendengar nyanyian yang dipersembahkan dan pemandangan di tepi sungai.
Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah!


Damai Central. Terletak di kawasan seluas 4 ekar di tepi Laut China Selatan dan ikon pelancongan bertentangan Sarawak, Kampung Budaya Sarawak, Damai Central menjurus ke arah menyediakan sebuah tempat yang menarik untuk percutian dan pelawat, penduduk tempatan dan pelancong.
Damai Central adalah sesuai untuk mengadakan aktiviti perayaan dan acara-acara seperti pameran, konsert, karnival, sukan, korporat dan fungsi bertema. Kompleks ini menempatkan satu arena terbuka, terbuka peringkat, dewan serba guna, surau, persalinan dan pancuran bilik, dan medan selera di mana kebanyakan gerai-gerai makanan dan minuman yang telah dibuka untuk perniagaan. Terdapat juga restoran dan kedai makanan dan minuman lain, beberapa pemandangan indah Laut China Selatan, kedai runcit seperti kedai, pusat refleksologi dan salon kecantikan untuk kemudahan dan keseronokan pengunjung. Sebuah pusat pelawat akan ditubuhkan untuk lawatan persekitaran dan penyewaan kemudahan rekreasi di kalangan orang lain.
Selain menjaga kompleks bersih dan selamat untuk pengunjung, pihak pengurusan kompleks akan menganjurkan aktiviti dan bekerja dengan penyewa dan penganjur acara lain untuk menampung keluarga dan generasi muda, untuk kedua-dua pelancong dan penduduk tempatan.


'Batu Buaya'
'Legenda tempatan menceritakan kisah penduduk sebuah kampung bernama Kampung Landeh, yang menikmati keamanan dan keharmonian hidup, sehingga ketibaan buaya dari kawasan yang dikenali sebagai Ulu Landeh. Buaya adalah makhluk mistik dan sangat sengit. Kehadirannya terganggu kehidupan yang aman penduduk kampung kerana ia diganasi penduduk kampung dan membunuh ramai dalam proses. Terdapat banyak percubaan untuk membunuh buaya tetapi gagal kerana ia mempunyai kuasa mistik.
Pada suatu hari, seorang pahlawan yang berani bernama Panglima Merpati Jepang tiba di kampung tersebut. Merasakan bahawa dia mampu untuk membantu, penduduk kampung segera merayu beliau untuk memusnahkan buaya mistik. Melihat kehancuran yang disebabkan, Panglima Merpati Jepang dipersetujui.
Satu perjuangan yang besar dan perjuangan berlaku di antara pahlawan berani dan buaya mistik, yang berakhir pada penyedutan kejayaan makhluk mistik. Semasa perjuangan, Panglima Merpati Jepang terputus kepala besar buaya dari badannya. Kepala kemudiannya hanyut ke muara sungai Santubong Sungai dan terdampar. Sebagai ketua yang besar, ia kekal ke darat selama-lamanya sehingga ia menjadi batu.
Selepas itu, penduduk Santubong menamakannya Batu Buaya kerana ia menyerupai kepala buaya.

Masjid Pertama yang dibina di Bandar Kuching ialah pada tahun 1847. Masjid Besar inilah yang pertama dan paling tua di Negeri Sarawak dan telah menjadi lambang Islam di negeri ini. Masjid telah dibina oleh seorang Ketua Orang Melayu Sarawak yang termasyur dan ternama, iaitu Datu Patinggi Ali dan keluarganya.
Seterusnya pada tahun 1929 para Dato-Dato dan masyarakat Islam dengan bantuan dari kerajaan Raja Brooke telah sama-sama berusaha membina dan memperelokkan Masjid Negeri ini dengan pembinaan pintu besar, jendela-jendela, mimbar dan kubah tinggi dan besar berwarna hitam. Bangunan Masjid Besar Sarawak ini menjadi bangunan yang paling cantik serta kemegahan bagi penduduk di Bandar Kuching pada zaman itu. Begitulah ringkasan cerita Masjid Besar Negeri Sarawak ini semenjak tahun 1847 hingga tahun 1967 yang mana telah menemui fasa perubahan dan pengubahsuaian mengikut rentak perubahan masa dan zaman. Masjid Besar yang megah ini berdiri teguh sebagai satu syiar Islam yang mulia hinggalah pada tahun 1967 perubahan yang seterusnya telah berlaku dengan perletakan batu asas untuk Masjid Negeri yang baru dibina di tapak yang sama pada tahun yang sama.
Dalam bulan Februari, 1966, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, dijemput untuk meletakkan Batu Asas Masjid yang hendak diperbaharui itu. Setelah melihat keadaan Masjid dan memandang betapa pentingnya Negeri Sarawak mempunyai sebuah Masjid yang lengkap dan sederhana besarnya, sebagai lambang Islam dan perpaduan, maka beliau mencadangkan supaya masjid lama itu diroboh dan digantikan dengan sebuah masjid yang baru. Cadangan ini telah diterima dan usaha-usaha pun diteruskan untuk memungut lebih besar lagi derma, kerana kos membina sebuah masjid baru dijangkakan menelan belanja kira-kira RM1 juta.



Tuesday, May 31, 2016

Muzium Wariasan Islam telah dirasmikan oleh Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 22 Mei 1992. Bangunan tersebut dahulukan merupakan James Brooke Malay College dan kemudian diambil-alih dan diubah suai bersesuaian dengan tarafnya sebagai muzium.
Pada tahun 1930 bangunan ini dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak. Ianya digunakan khas untuk melatih lebih ramai guru dalam pendidikan Melayu peringkat tinggi. Tujuannya adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang melayu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam membangunkan masyarakat Melayu itu sendiri (Sarawak Gazette, 2 mac 1931). Sekolah-sekolah pada masa tersebut amat mahir dalam penggunaan bahasa inggeris tetapi masih berkuranganguru melayu yang berkelayakan.
Bangunan tersebut memiliki lantai yang ditinggikan dan ruangannya berbentuk segiempat dengan tiga ruang tambahan berserta dua laman dalaman. Reka bentuknya amat unik dan dikatakan satu-satunya yang ada di negeri ini. Hampir keseluruhan bnagunan ini diperbuat daripada konkrit dan kayu manakala atapnya adalah atap genting.
Muzium ini terbahagi kepada tujuh buah galeri. Setiap galeri mempamerkan bahan yang berkaitan dengan sesuatu disiplin seperti yang dinyatakan di bawah:
Galeri pertama ; Sejarah Islam di Sarawak
Galeri kedua : Seni Rekabentuk Islam
Galeri ketiga : Kostum, Muzik dan Barangan Peribadididikan dan Kesusasteraan
Galeri keempat : Kostum, Muzik dan Barangan Peribadi
Galeri kelima : Persenjataan
Galeri kenem : Seni hiasan dan alat-alat domestik
Galeri ketujuh ; koleksi kitap Al-Quran ‪#‎jomkeKuching‬



Monday, May 30, 2016

Gambir Sarawak ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.
Keberkesanan gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan gambir secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi.
Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.
Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya.
Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.
Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim. ‪#‎jomkeKuching‬



Kompia Sibu. Kuih ni merupakan kuih yang famous di kalangan masyarakat Fuzhou/ Foochow Sibu. Memang boleh dikatakan majoriti masyarakat tinggal di Sibu. Asal kuih ni adalah dari negara China iaitu sejak zaman Dinasti Ming 1563 dan menurut sejarah, tentera yang pada masa itu tengah berperang dengan tentera Jepun hanya makan kompia ini sebagai alas perut. Disebabkan bahannya mudah yang hanya menggunakan tepung dan dibakar di atas arang.
Sekarang ini kuih kompia ini telah mula dikomersialkan di Sibu dengan menambah isi ke dalam kuih itu mengikut selera pelanggan seperti Ayam BBQ, Ayam Char Siew, Tuna, Ikan Bilis dan sebagainya. Dan juga mendapat sentuhan moden dengan meletak gula aising yang pelbagai rasa untuk menarik minat pelanggan. ‪#‎jomkeKuching‬



Friday, May 27, 2016

PASU SARAWAK - Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi Sarawak. Upacara-upacara gawai, perkahwinan dan pengebumian semuanya tidak lengkap tanpa bekas-bekas tembikar yang tertentu. Apalagi halnya dalam kehidupan sehari-hari. Barang-barang tembikar tradisional yang dihasilkan di Sarawak termasuk pinggan, mangkuk, tajau (sejenis tempayan besar), takar dan perkakas memasak. Sesetengah barang itu sangat dihargai hingga menjadikan sebahagian daripada hadiah perkahwinan oleh pengantin. Malah di kalangan kaum Kelabit, tajau bukan cuma dijadikan bekas penyimpanan mayat ketua mereka tetapi diterima sebagai galang ganti nyawa.
Mengukir pasu Sarawak
Cara untuk menghasilkan barang-barang tembikar tradisional ini pada dasarnya sama seperti cara yang digunakan di Semenanjung. Yang berbeza cuma corak ukiran perhiasan pada barang-barang itu yang banyak menampilkan unsur-unsur daripada sistem kepercayaan mereka. Pada awal abad kesembilan belas, seni tembikar di Sarawak mengalami suatu perubahan besar dengan ketibaan pedagang Cina ke negeri itu. Dari masa itu, seni tembikar Cina mula mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan. Antara barangan yang mendapat sambutan ialah pasu. Pasu Sarawak kini terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang. ‪#‎jomkekuching‬



Thursday, May 26, 2016

Orchid Park atau Orchid Garden terletak berhampiran dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Taman Bunga di tengah bandar ini adalah tempat menarik di Kuching yang cukup popular dikalangan peminat orkid. Terdapat berbagai spesis orkid boleh dilihat disini. Kawasannya agak luas iaitu 3.5 ekar, namun ia tersusun dengan kemas dan cantik. Pokok-pokok orkid ditanam di kiri kanan lorong pejalan kaki. Taman ini juga dihiasi lanskap yang cantik dengan kolam air dan wakaf untuk berehat.
Harga tiket / Bayaran masuk: Percuma 




Wednesday, May 25, 2016

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994.
Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar. ‪#‎jomkekuching‬




Tuesday, May 24, 2016

Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘jajan’ made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif.‪#‎JOMKEKUCHING‬



Muzium Tekstil yang dibuka kepada orang ramai dalam bulan Ogos 2000. Senibina bangunan adalah campuran Renaissance Inggeris dan Penjajah British. Rekabentuknya membujur panjang dan mempunyai tiga tingkat serta beratapkan konkrit rata. Bangunan ini mempunyai dua tangga yang diperbuat daripada kayu yang diukir.
Ia telah dibina dalam tahun 1907 sebagai Pusat Perubatan dan kemudiannya dijadikan sebagai pejabat Jabatan Pendidikan. Muzium Tekstil ini menyimpan dan mempamerkan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat Sarawak. Antaranya ialah Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain Songket Melayu Sarawak.
Konsep pameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan dari penyediaan benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai kain. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada pelawat untuk berinteraksi dengan bahan pameran selain dari media ‘touch on’ yang di sediakan.
Muzium Tekstil ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi - 4.45 petang. Manakala Sabtu, Ahad dan Cuti umum di buka jam 10 pagi hingga 4 petang.



Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyakderetan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini. ‪#‎JOMKEKUCHING‬



MUZIUM KUCING - Satu-satunya muzium kucing di Malaysia terletak di bandaraya Kuching, Sarawak. Lokasinya ialah di tigkat bawah bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara. Muzium ini mempamerkan berbagai aksesori kucing, patung kucing, lukisan kucing, stem, poskad dan macam-macam lagi yang berkaitan kucing. MalahHello Kitty dan Garfield pun ada disini. Berbagai maklumat berkaitan kucing juga dikongsikan dengan pengunjung melalui gambar, poster dan bahan baca.
Selain melihat pameran, pengunjung boleh memasuki gua kucing yang menarik dan bergambar bersama-sama aneka patung kucing pelbagai saiz. Sebelum pulang, anda boleh membeli cenderahati kucing sebagai kenang-kenangan. Ada t-shirt, keychain, fridge magnet dan lain-lain. Jika anda bercuti bersama anak-anak, muzium ini adalah satu tempat menarik di Kuching yang mesti dilawati.
Waktu lawatan : Isnin hingga Ahad (setiap hari) : 9.00 pagi - 5.00 petang
Bayaran Masuk : Percuma
Kamera telefon bimbit : Rm3
Kamera biasa : Rm3
Kamera digital :Rm4
Video Kamera : Rm5
‪#‎jomkekuching‬


Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!